Mesti ramai yang tertanya mengenai
asal usul Tarannum.
Jom kita belajar
Mengikut ahli sejarah tarannum bahawa asal usul
tarannum adalah dilhamkan dari unsur-unsur berikut:
2. Bunyi-bunyian tiupan angin
3. Bunyi-bunyian kicauan burung
Ia kemudian telah diubah oleh
professor muzik atau penyair untuk dijadikan bebagai irama mengikut budaya
masing-masing. Apabila muncul agama Islam, maka baginda Nabi SAW menggalakkan
supaya umat Islam menukarkan budaya tersebut kepada budaya membaca al-Quran
dengan bacaan yang lebih baik dan cantik agar disegani dan dihormati oleh
masyarakat.
Mesti ramai yang nak tahu mengenai
Tarannum pada zaman Rasulullah kan?
Mari ustaz terangkan
Seperti yang kita semua tahu, Rasulullah
SAW telah menerima al-Quran secara berperingkat bermula daripada tahun 610
masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang baik.
Hasil daripada galakan ini, lahirlah generasi sahabat yang dikenali sebagai
qari yang terkenal seperti Abdullah bin Mas’ud, Abu Musa Asy’ari dan beberapa
sahabat besar yang lain.
Kemudian ilmu ini dikembangkan ke
serata pelusuk tanah arab dan hasilnya pada zaman tabiin muncul pula qari-qari
seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70
hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang
terus kian berkembang.
Oleh
kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur
qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan
berlagu Rasulullah SAW sampai kepada umat Islam yang ada pada hari ini.
Untuk pengetahuan semua, Tarannum juga mempunyai
banyak cabang dan alirannya.
Mari ustaz terangkan😃
Ketika zaman-zaman keagungan Islam
dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai
berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun
serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya:
a) Misri
iaitu seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada Mesir dan
kawasan sekitarnya.
b) Hijazi
ialah seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada kawasan
sekitar Mekah dan Madinah.
c) Iraqi
seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada Iraq dan kawasan
sekitarnya.
d) Kurdi
yang dipopularkan oleh qurra disekitar Iraq dan Turki.
e) ‘Ajami
iaitu aliran yang dipopularkan oleh qurra yang bukan berketurunan Arab seperti
Iran dan beberapa Negara lain.
Kini aliran yang paling popular dan
diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar
telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan
sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka
serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.
Bentuk susunan Tarannum Yang Popular
di Malaysia![]()
Di Malaysia terdapat ramai qari yang
sangat mahir dalam bidang Tarannum.
Qari-qari dari Malaysia masa kini
telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan tarannum yang disusun mengikut
kesesuaian.
Jom kita lihat bentuk susunan Tarannum yang popular di Malaysia seperti berikut:
Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.
Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
Bayyati, Soba, Nahwand, Rast dan Sikah.
Bayyati, Iraqi, Hijaz, Sikah dan Rast.
50% daripada qari di Malaysia membaca dengan bahagian (1) dan (2), 30% pula membaca dengan bacaan mengikut turutan (3), 15% lagi membaca dengan bahagian (4) dan 5% lagi membaca dengan bacaan mengikut turutan (5).
| Gambar Haji Nik Jaafar bin Haji Nik Ismail |
Namun mengikut seorang pakar tarannum di Malaysia, Haji Nik Jaafar bin Haji Nik Ismail, susunan lagu-lagu yang popular di Malaysia ialah :
Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.
Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
No comments:
Post a Comment