TOPIK 3 : Sifaat Bacaan Rasulullah S.A.W



Sekarang mari kita belajar mengenai cara bacaan para Rasulullah S.A.W.

Mari ustaz terangkan


Terdapat beberapa hadis mengenai sifat bacaan Rasulullah:

 Hadis 1:

 

عن عبدِ اللَّهِ بنِ مغفَّلٍ قالَ: رأيتُ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ يومَ فتحِ مَكَّةَ وَهوَ علَى ناقةٍ يقرأُ بسورةِ الفَتحِ وَهوَ يُرجِّعُ

 

Ertinya: Aku menyaksikan Nabi Muhammad S.A.W membaca al-Quran sedangkan baginda di atas kenderaan untanya yang sedang berjalan, baginda membaca surah al-Fath sebagai bacaan layyinah (lembut, merdu dan mengasyikkan) dan dalam bentuk bacaan tarji’ (keindahan alunan dan lagu yang sempurna).


 Hadis 2:

سَمِعْتُ النبيَّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يَقْرَأُ في العِشَاءِ: والتِّينِ والزَّيْتُونِ فَما سَمِعْتُ أحَدًا أحْسَنَ صَوْتًا أوْ قِرَاءَةً منه.

Ertinya: Aku pernah dengar Nabi Muhammad S.A.W membaca surah at-Tin ketika solat isya’, yang sungguh indah sekali bacaannya, tidak pernah aku dengar seorang pun yang lebih merdu bacaannya daripada Rasulullah S.A.W.


Ulasan Hadis:

 Hadis yang pertama menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W melagukan al-Quran di khalayak ramai ketika berada di medan perang dalam suasana gembira bagi merayakan kejayaan perjuangan yang telah mereka tempuhi.

 Hadis kedua pula menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W melagukan al-Quran ketika mengerjakan ibadah sembahyang dalam suasana tawaddhu’ dan kainsafan jiwa raganya.



Kesimpulannya:

 Rasulullah S.A.W sentiasa membaca al-Quran dengan baik dan merdu serta mempesonakan sesuai dengan al-Quran itu sebagai mukjizat teragung.

 Sifat bacaan Rasulullah S.A.W itu sebahagian daripada Uswah Hasanah yang perlu dicontohi dan diteladani oleh sesiiapa sahaja yang mengakui dirinya sebagai umat Islam.

 Sifat bacaan Rasulullah S.A.W amat sempurna, tartil, bertajwid, bertarannum, bertarji’, bertahsin, bertazyiin dan sebagainya.

 Situasi sifat bacaan baginda telah digambarkan oleh hadis sohih yang tidak perlu dipertikaikan lagi oleh sesiapa pun.



Jom kita pergi ke topik seterusnya

No comments:

Post a Comment