Apa khabar semua? Ustaz harap
semua sihat belaka ![]()
Jadi hari ini ustaz akan ajar anda semua mengenai satu topik yang
menarik iaitu “TARANNUM”.
Anda semua tahu
tak apa itu Tarannum?
Jika belum, Mari
kita belajar mengenai Tarannum.
Untuk pengetahuan anda semua, Tarannum
adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum
yang membawa maksud berdendang atau menyanyi.
Terdapat juga pandangan lain seperti
di bawah:
Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa
Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah
rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonatian, modulation,
recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian
dan bacaan yang baik.
Bagaimana pula definisi Tarannum
dari segi Istilah?
Tarannum dari segi istilah ialah
satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan
irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan
keelokan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan al-Quran.
Jom kita lihat pula apa yang
dimaksudkan dengan Nada, Rentak dan Irama.
- Nada : Tingkatan atau tekanan bunyi suara.
- Rentak : Pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
- Irama : Alunan atau bentuk bunyi.
Untuk pengetahuan anda semua,
Di Malaysia kaedah ini dikenali dengan nama
Tarannum bi al-Quran kerana bersempena sepotong hadis Rasulullah iaitu:
ما أذن الله لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم
بالقرأن. (رواه البخارى)
"Apa yang diizinkan Allah atas
sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan
lagu (tarannum) bacaan al-Quran".
PERANAN TARANNUM![]()
Untuk pengetahuan semua, Tarannum
ada peranannya tersendiri. Sekarang jom kita belajar mengenai “Peranan
Tarannum”.
1. Untuk mencapai tahap ketartilan bacaan
al-Quran yang sebenar
2. Untuk menghormati kedudukan al-Quran sebagai
sumber panduan utama
3. Untuk menambahkan kekhusyukan dan keinsafan
4. Untuk mendapat rahmat daripada Allah s.w.t
5. Untuk mewarnai seni bacaan al-Quran
Okay jom kita uji ingatan kita sebentar tadi![]()
No comments:
Post a Comment